DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TAJUK : PERAYAAN-PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU
MEWUJUDKAN SEMANGAT PERPADUAN DI KALANGAN KAUM DI MALAYSIA. BINCANGKANG PERANAN
ANDA SEBAGAI GRADUAN POLITEKNIK
NAMA
PENSYARAH: PUAN NURUL FUADDI BINTI SULAIMAN
NAMA
AHLI KUMPULAN:
NAMA
|
NO
MATRIK
|
NUR
SAIDATUL NAZWA BINTI ZAINUDDIN
|
02DKA14F2079
|
TENGKU
NURFATIHAH BINTI TENGKU KAMAL
|
02DKA14F2047
|
KESSHALA
A/P RAMASAMY
|
02DKA14F2011
|
AINUL
SYAFFIRA NADIA BINTI AINUL HADI
|
02DKA14F2080
|
NORSURIANA
BINTI KARIA
|
02DKA14F2061
|
PENGENALAN
Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya, bahasa agama, makanan
dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh keunikan malaysia yang mempunyai
pelbagai kaum seperti melayu, cina, india dan sebagainya. Pada setiap tahun
banyak perayaan yang akan diraikan di Malaysia. Hal ini menunjukkan Malaysia
hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan warna kulit. Di samping itu, perayaan
dan pelbagai kaum dalam negara kita turut menjadi tarikan pelancong dari
seluruh pelusuk dunia. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina ,
Deepavali dan lain-lain lagi.
HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya merupakan perayaan yang diraikan oleh
masyarakat melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri
bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat
islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah
malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya
Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam
saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim
antara satu sama lain. Rumah terbuka akan diadakan bagi menyambut kedatangan
para tetamu dan sanak saudara, dan terdapat juga pelbagai juadah-juadah yang
istimewa di sediakan untuk para tetamu yang datang ke rumah mereka.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab
yang bermaksud hari lahir seseorang. Apabila disebut 'Maulidur Rasul',
umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi
Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20
April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.Oleh yang demikian,
hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Negara kita turut
memuliakan dan merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari cuti umum di
negara kita kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.
Maulidur Rasul disambut dan dirayakan dengan
berbagai-bagai cara di negara kita. Setiap kerajaan negeri akan mengadakan
sambutannya secara besar-besaran.Lazimnya, mengadakan syarahan memperingati
Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, orang ramai berselawat, perarakan, dan
lain-lain. Di kalangan masyarakat pula, mereka mengadakan majlis berselawat dan
jamuan. Sambutan ini diadakan di rumah dan masjid. Di sesetengah tempat pula,
mereka mengadakan majlis membaca riwayat maulid, iaitu sebuah kitab yang
ditulis khas tentang riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W
TAHUN BARU CINA
Tahun Baru
Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam
kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun
dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan
dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang
jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya
tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun
Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan
makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej,
kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua
dan menerima wang ang pau yang berada di dalam sampul merah bagi melambangkan
nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih
belum kahwin. Tarian naga atau Tarian singa akan diadakan, dengan kereta
berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun
Baru Cina akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. Tahun Baru Cina bukan
sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh
bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh
China dari segi kebudayaan dan keagamaan, mereka turut memakai kalendar qamari
Cina.
HARI WESAK
Hari
Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari
Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut
Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran
kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung
kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Hari Wesak juga dikenali
dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura,
Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan
melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada
orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua
penganut agama Buddha di seluruh dunia.Dikalangan
penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri
ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut
hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu
terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
* Kelahiran
Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
*Siddharta Buddha
mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
* Buddha Gautama
mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
DEEPAVALI
Deepavali
merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan
pada bulan gelap bernama ‘aippasi’ pada setiap bulan oktober dan november.
Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ dan dengan memasang pelita,
penganut Hindu percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan
mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan
mengatasi kejahilan. Semasa sambutan Deepavali, penganut agama Hindu akan
menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi
sebelum melakukan upacara bersembahyang samada di rumah atau di kuil-kuil.
Kunjung mengunjungi ke rumah kaum keluarga akan dilakukan selepas selesai
bersembahyang. Kebiasaannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil
berisi gula dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara
mereka. Dikebanyakkan rumah masyarakat hindu akan dihiasi dengan ‘rangoli’
iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni bagi menyambut
tetamu.
HARI THAIPONGGOL
Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut
kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender
Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar.
Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol
pada minggu kedua bulan Januari.Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani
akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol.
Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan
dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.
Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi
memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan
juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara
kecil-kecilan.Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan
mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa
menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka
berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di
gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama
dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya
"vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.
Peranan
mahasiswa dalam mewujudkan perpaduan kaum
Mahasiswa merupakan generasi yang akan menyambung tali
kepimpinan negara pada masa akan datang dan mahasiswa juga adalah perjuang
untuk maruah bangsa dan agama bagi negara Malaysia. Kejatuhan sesebuah negara
pada masa akan datang bukan dilihat atau dinilai pada kepimpinan yang
sebelum-nya tetapi kejatuhan negara pada masa akan datang diukur oleh tahap
pembawakan kepimpinan pada masa tersebut oleh itu pelapis bagi pemimpin-pemimpin
negara untuk masa akan datang boleh dilihat dan diukur melalui tahap pemikiran dan
pembawakan mahasiswa-mahasiswa yang ada pada masa kini.
Oleh itu, mahasiswa perlu bangkit dan
mahasiswa perlu mengubah mind-set atau cara berfikir untuk mengatasi pelbagai
masalah dan menyusun strategi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar pada masa kini iaitu kemerosotan minat pelajar untuk belajar,
kemerosotan akhlak, dan masalah yang sehubugan dengan mahasiswa itu sendiri.
Mahasiswa seharusnya menerapkan nilai-nilai murni dan menunjukkan akhlak yang
baik tidak kira situasi, tempat dan masa. Sikap-sikap yang positif dapat
mencerminkan dan dapat mengangkat martabat dan maruah bangsa. Sesungguhnya
nilai penerapan oleh mahasiswa bagi menghormati antara etnik yang ada di
malaysia juga dapat menunjukkan nilai kematangan pemikiran dan semangat
perpaduan yang ada dalam diri setiap mahasiswa itu sendiri.
Isi-isi penting:
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling hormat- menghormati. Oleh sebab itu, pelbagai perayaan yang boleh diadakan di negara ini kerana kaumnya yang berbilang bangsa. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip rukun negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah ”bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannya, apakah peranan kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi untuk mewujudkan semangat perpaduan kaum di Negara ini? Antara peranan tersebut ialah:
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling hormat- menghormati. Oleh sebab itu, pelbagai perayaan yang boleh diadakan di negara ini kerana kaumnya yang berbilang bangsa. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip rukun negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah ”bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannya, apakah peranan kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi untuk mewujudkan semangat perpaduan kaum di Negara ini? Antara peranan tersebut ialah:
Graduan haruslah bersifat terbuka untuk
menyemaikan perpaduan kaum
Sikap berfikiran terbuka ini amat penting
kepada seorang graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang
graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah
memikirkan semua kaum untuk mewujudkan
perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Graduan mestilah menyediakan diri
dengan semaksimum yang mungkin akan membentuk keperibadian dan tingkah laku
yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti yang dapat merealisasikan misi
yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduan kaum itu sendiri dalam
masyarakat. Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi cermin ke arah
masyarakat yang terbilang. Selain itu, graduan haruslah bersifat terbuka jika
menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan juga dapat menjadi
pemimbing kepada masyarakat. Akhir sekali, graduan yang bijak ialah graduan
yang bersifat terbuka. Jangan lah kita sebagai graduan digelar “katak di bawah
tempurung” ini kerana sikap kita yang kurang profesional dan jadilah graduan
yang berjasa kepada agama , kaum , dan masyarakat.
1) Peranan yang dimainkan
oleh pihak institusi pengajian tersebut misalnya di politeknik mahupun
universiti swasta atau kerajaan
Pelajar harus menyokong cadangan bagi
mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem
pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan
pelajar khususnya pada graduan Politeknik. Dengan adanya pelajar yang memupukkan
semangat berbilang kaum pada peringkat awal dan didedahkan dengan kepelbagaian
bangsa dan agama dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi maka usaha untuk
membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan
dengan lebih berkesan dan efektif.
2) Mengadakan rumah terbuka atau jamuan raya
di tempat institusi tersebut semasa hari perayaan.
Dengan adanya hal ini, ia dapat mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan pelajar itu sendiri. Rumah terbuka bermaksud satu
perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk
memupuk saling bertoleransi dalam kalangan rakyat di Malaysia. Amalan
kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan
Deepavali dapat memupuk silaturahim dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum.
Semasa menghadiri rumah terbuka mahupun jamuan raya, pelajar-pelajar dapat mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih
mendalam sekaligus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati
antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat
resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat
mengikut kaum yang ada di Malaysia. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah
kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat
memeriahkan suasana rumah terbuka serta mengeratkan hubungan silaturahim antara
budaya di Malaysia. Oleh itu, rumah terbuka atau jamuan raya yang diadakan pada
setiap kali perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat
dan pelajar.
3) Perpaduan kaum dalam
kalangan pelajar dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan
Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia
merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri
daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkn dengan kebudayaan,
semua pelajar boleh menerimanya tanpa wujud prasangka negatif. Apabila diadakan
sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan
orang kenamaan , akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian
Zapin dan tarian Inang oleh pelajar Melayu, tarian kipas ,tarian singa dan
tarian piring oleh pelajar Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh
pelajar India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat
menarik minat pelajar untuk mengenal tarian tersebut. Tegasnya, kepelbagaian
kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenal
antara satu sama lain kerana bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
4) Masyarakat khususnya
graduan intitusi pengajian tinggi haruslah bergaul dan memupuk persefahaman
antara kaum terutama di tempat pengajian
Dalam
keadaan tersebut, ibu bapa juga memainkan peranan yang besar dengan sentiasa
menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi dan di
bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.
Caranya, anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa
dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran
semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri
teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Selain
itu, ibu bapa juga digalakkan berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai
bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda
yang lain. Apabila golongan
muda terutamanya graduan politeknik dan institusi lain menguasai pelbagai bahasa,
mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah.
Oleh itu, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada
generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat
berkembang dengan sempurna. Walaubagaimanapun, dalam hal ini peranan ibu bapa
sangat penting dalam memupuk hubungan sosial ketika kecil.Oleh yang demikian,
institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat
bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum.
KESIMPULAN
Semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan
masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta
memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya
kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk
padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai
usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk
yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya
perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan
dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua
pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan
tercapai.
Usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita
kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Oleh itu,
semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara
ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1
Malaysia seperti yang disarankan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Kesimpulanya, pentingnya budaya dan saling hormat- menghormati dalam
mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia terutamanya
ketika sambutan perayaan kaum masing-masing. Hal ini kerana, budaya serta nilai
hormat- menghormati ini merupakan amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira
agama, bangsa, serta status seseorang. Dalam Al-Quran dengan jelas menyuruh
supaya kita mengamalkan perkara ini seperti yang terdapat dalam surah al-isra’
ayat yang ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati, maka kita perlu menghormati
orang lain. Dengan ini, apabila ada rasa hormat dalam diri, maka terbentuklah
budaya saling hormat- menghormati, seterusnya masyarakat dapat hidup bersatu
padu dan harmoni.