Thursday 12 January 2017

Perayaan Malaysia



DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TAJUK : PERAYAAN-PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU MEWUJUDKAN SEMANGAT PERPADUAN DI KALANGAN KAUM DI MALAYSIA. BINCANGKANG PERANAN ANDA SEBAGAI GRADUAN POLITEKNIK

NAMA PENSYARAH: PUAN NURUL FUADDI BINTI SULAIMAN
NAMA AHLI KUMPULAN:
NAMA
NO MATRIK
NUR SAIDATUL NAZWA BINTI ZAINUDDIN
02DKA14F2079
TENGKU NURFATIHAH BINTI TENGKU KAMAL
02DKA14F2047
KESSHALA A/P RAMASAMY
02DKA14F2011
AINUL SYAFFIRA NADIA BINTI AINUL HADI
02DKA14F2080
NORSURIANA BINTI KARIA
02DKA14F2061




PENGENALAN
  Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya, bahasa agama, makanan dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh keunikan malaysia yang mempunyai pelbagai kaum seperti melayu, cina, india dan sebagainya. Pada setiap tahun banyak perayaan yang akan diraikan di Malaysia. Hal ini menunjukkan Malaysia hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan warna kulit. Di samping itu, perayaan dan pelbagai kaum dalam negara kita turut menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.


















HARI RAYA AIDILFITRI
  Hari Raya merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Rumah terbuka akan diadakan bagi menyambut kedatangan para tetamu dan sanak saudara, dan terdapat juga pelbagai juadah-juadah yang istimewa di sediakan untuk para tetamu yang datang ke rumah mereka.
             







SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang. Apabila disebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Negara kita turut memuliakan dan merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari cuti umum di negara kita kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.
Maulidur Rasul disambut dan dirayakan dengan berbagai-bagai cara di negara kita. Setiap kerajaan negeri akan mengadakan sambutannya secara besar-besaran.Lazimnya, mengadakan syarahan memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, orang ramai berselawat, perarakan, dan lain-lain. Di kalangan masyarakat pula, mereka mengadakan majlis berselawat dan jamuan. Sambutan ini diadakan di rumah dan masjid. Di sesetengah tempat pula, mereka mengadakan majlis membaca riwayat maulid, iaitu sebuah kitab yang ditulis khas tentang riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W
                                   





                         
    

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau yang berada di dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Tarian naga atau Tarian singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, mereka turut memakai kalendar qamari Cina.
           





HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

   Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
         *Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya     pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
* Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.



                                                
                                                   


                                       
DEEPAVALI
   Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama ‘aippasi’ pada setiap bulan oktober dan november. Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ dan dengan memasang pelita, penganut Hindu percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan. Semasa sambutan Deepavali, penganut agama Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebelum melakukan upacara bersembahyang samada di rumah atau di kuil-kuil. Kunjung mengunjungi ke rumah kaum keluarga akan dilakukan selepas selesai bersembahyang. Kebiasaannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi gula dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Dikebanyakkan rumah masyarakat hindu akan dihiasi dengan ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni bagi menyambut tetamu.

        











HARI THAIPONGGOL

Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.
Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.




                               





Peranan mahasiswa dalam mewujudkan perpaduan kaum
  Mahasiswa merupakan generasi yang akan menyambung tali kepimpinan negara pada masa akan datang dan mahasiswa juga adalah perjuang untuk maruah bangsa dan agama bagi negara Malaysia. Kejatuhan sesebuah negara pada masa akan datang bukan dilihat atau dinilai pada kepimpinan yang sebelum-nya tetapi kejatuhan negara pada masa akan datang diukur oleh tahap pembawakan kepimpinan pada masa tersebut oleh itu pelapis bagi pemimpin-pemimpin negara untuk masa akan datang boleh dilihat dan diukur melalui tahap pemikiran dan pembawakan mahasiswa-mahasiswa yang ada pada masa kini.
  Oleh itu, mahasiswa perlu bangkit dan mahasiswa perlu mengubah mind-set atau cara berfikir untuk mengatasi pelbagai masalah dan menyusun strategi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar pada masa kini iaitu kemerosotan minat pelajar untuk belajar, kemerosotan akhlak, dan masalah yang sehubugan dengan mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa seharusnya menerapkan nilai-nilai murni dan menunjukkan akhlak yang baik tidak kira situasi, tempat dan masa. Sikap-sikap yang positif dapat mencerminkan dan dapat mengangkat martabat dan maruah bangsa. Sesungguhnya nilai penerapan oleh mahasiswa bagi menghormati antara etnik yang ada di malaysia juga dapat menunjukkan nilai kematangan pemikiran dan semangat perpaduan yang ada dalam diri setiap mahasiswa itu sendiri.

Isi-isi penting:
  Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling hormat- menghormati. Oleh sebab itu, pelbagai perayaan yang boleh diadakan di negara ini kerana kaumnya yang berbilang bangsa. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip rukun negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah ”bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannya, apakah peranan kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi untuk mewujudkan semangat perpaduan kaum di Negara ini? Antara peranan tersebut ialah:
    Graduan haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum
   Sikap berfikiran terbuka ini amat penting kepada seorang graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah memikirkan semua kaum untuk mewujudkan  perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Graduan mestilah menyediakan diri dengan semaksimum yang mungkin akan membentuk keperibadian dan tingkah laku yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti yang dapat merealisasikan misi yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduan kaum itu sendiri dalam masyarakat. Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi cermin ke arah masyarakat yang terbilang. Selain itu, graduan haruslah bersifat terbuka jika menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan juga dapat menjadi pemimbing kepada masyarakat. Akhir sekali, graduan yang bijak ialah graduan yang bersifat terbuka. Jangan lah kita sebagai graduan digelar “katak di bawah tempurung” ini kerana sikap kita yang kurang profesional dan jadilah graduan yang berjasa kepada agama , kaum , dan masyarakat.

1)    Peranan yang dimainkan oleh pihak institusi pengajian tersebut misalnya di politeknik mahupun universiti swasta atau kerajaan
   Pelajar harus menyokong cadangan bagi mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan pelajar khususnya pada graduan Politeknik. Dengan adanya pelajar yang memupukkan semangat berbilang kaum pada peringkat awal dan didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi maka usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.

2)     Mengadakan rumah terbuka atau jamuan raya di tempat institusi tersebut semasa hari perayaan.
   Dengan adanya hal ini, ia dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar itu sendiri. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk saling bertoleransi dalam kalangan rakyat di Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali dapat memupuk silaturahim dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka mahupun jamuan raya, pelajar-pelajar dapat  mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekaligus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Malaysia. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka serta mengeratkan hubungan silaturahim antara budaya di Malaysia. Oleh itu, rumah terbuka atau jamuan raya yang diadakan pada setiap kali perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat dan pelajar.

3)    Perpaduan kaum dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan
   Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkn dengan kebudayaan, semua pelajar boleh menerimanya tanpa wujud prasangka negatif. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan , akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh pelajar Melayu, tarian kipas ,tarian singa dan tarian piring oleh pelajar Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh pelajar India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk mengenal tarian tersebut. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenal antara satu sama lain kerana bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

4)    Masyarakat khususnya graduan intitusi pengajian tinggi haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum terutama di tempat pengajian
   Dalam keadaan tersebut, ibu bapa juga memainkan peranan yang besar dengan sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi dan di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Caranya, anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda yang lain. Apabila golongan muda terutamanya graduan politeknik dan institusi lain menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Oleh itu, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Walaubagaimanapun, dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting dalam memupuk hubungan sosial ketika kecil.Oleh yang demikian, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum.
















KESIMPULAN
   Semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.
   Usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti  yang disarankan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
   Kesimpulanya, pentingnya budaya dan saling hormat- menghormati dalam mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia terutamanya ketika sambutan perayaan kaum masing-masing. Hal ini kerana, budaya serta nilai hormat- menghormati ini merupakan amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, serta status seseorang. Dalam Al-Quran dengan jelas menyuruh supaya kita mengamalkan perkara ini seperti yang terdapat dalam surah al-isra’ ayat yang ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati, maka kita perlu menghormati orang lain. Dengan ini, apabila ada rasa hormat dalam diri, maka terbentuklah budaya saling hormat- menghormati, seterusnya masyarakat dapat hidup bersatu padu dan harmoni.

No comments:

Post a Comment